Ini adalah catatan sendiri untuk di kongsi bersama bagi mengembangkan ilmu dan pengetahuan yang ada. Ada kalanya saya mengutip idea-idea dan ilmu dari sahabat yang lain untuk kita kongsi dan share. Kepada sahabat diluar sana mohon halal ilmu yang dikongsikan.

Pingbusuk

01 April, 2015

Tip Buat Suri Rumah Bekerja: Idea Poket Extra


Assalamualaikum,

Ok bila timbul idea nak menulis ni tak boleh tahan dah.  Kerja banyak pun kena berenti dulu.  Kalau tak kang hilang cam tu je idea yang mencurah.  Hari ini baik hati sesangat nak bagi tip cara-cara suri-suri untuk tambahkan pendapatan bagi yang tak cukup lah.  Pada yang dah gaji banyak tu tak mau ikut pun tak apa.

Ok berikut di berikan beberapa cara untuk tambah pendapatan berdasarkan minat anda:
(Berdasarkan apa yang saya dah lalui dan dari pembacaan dan perkongsian ya adik-adik)


Ebook
Ish apa pula dah ebook ni!!!! ok....ebook ni buku elektronik lah senang cakap. Sama macam buku cuma tak boleh di pegang.  Hanya boleh di baca melalui computer atau talipon pintar.  Anda boleh tulis macam2 tajuk yang terlintas dan yang boleh menolong orang lain menyelesaikan masaalah. Bagaimana nak buat ebook?  di lain catatan akan diterangkan.

Dropship
Maksudnya jual barang orang lain.  Terlebih dahulu kita kena jadi ahli sesuatu syarikat yang menjual produk.  macam saya....saya jual Shaklee lihat di sini.  Untungnya dropship ini anda tidak perlu menyimpan barang.  Tugas kita hanya promosi dan promosi dan promosi....huhuhu bukan senang tau...tapi setiap usaha pasti ada hasil kan.  Allah tahu apa yang kita buat.  Kelebihannya jadi dropshipper ni kita tak perlu keluar rumah.  Segala jual beli di hujung jari je. Penghantaran akan di uruskan oleh syarikat yang kita ambil barang tu. Kita akan mendapat keuntungan 100% keatas barangan tersebut semuanya milik kita. Kalau kita rajin dan banyak jual....banyaklah komisyen kita kan.  Cara pemilihan produk...terpulang kepada anda.  Anda minat apa? anda pakai apa? hanya cari pembekal dan anda memohon untuk jadi agen. Tak perlu keluar modal dan tak perlu risau rugi....betul tak?

Menjual Produk
Macamana tu?  haaaa.....ini lagi senang.  Cumanya kena keluar modal sikit.  Bergantung apa yang ingin anda jual.  contoh seperti Restukita CollectionRestukita Cantik Sihat Bergaya
dan ada beberapa lagi hehehe.....ikut suka anda nak buka berapa kedai.  Itu pun saya jual di internet sahaja.  Buat FB Page....dan anda promosikan.  Mudahkan semudah ABC.  Tak tahu cara buat FB Page???? wassap saya di 017.445.3390.  Jangan malu-malu kalau untuk belajar ya.

Menulis Blog
Sapa kata tulis blog tak boleh buat duit? kalau ramai yang datang singgah ke blog kita, kita pasang kan iklan...setiap iklan yang pembaca klik kita akan mendapat bayaran.  Ramai blogger-blogger yang telah berjaya mendapat pendapatan dari blog mereka.  Tapi pastikan blog anda telah ramai peminat lah ya.  Jadikan hobi menulis blog dan berkongsikan apa sahaja cerita dan pengalaman kita sebagai seorang suri rumah.  Tulis apa sahaja tentang hobi anda minat menjahit, memasak maupun berkebun. 
Saya pasti ramai yang akan mendapat ilmu dengan apa yang kita kongsikan dengan mereka.  Seperti kata Dr.  Azizan....biarlah apa yang kita lakukan itu memberi kebaikan kepada orang lain!

Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh dilakukan untuk menambah pendapatan.  Antaranya mengambil tempahan memasak, mengasuk budak, menjahit, menulis artikel untuk di hantar ke majalah dan sebagainya.  

Semoga tulisan saya ini dapat memberi idea kepada suri-suri di luar sana.  Sekiranya ada sebarang pertanyaan jangan malu-malu untuk menghubungi saya ya.

Hingga jumpa lagi.


aznabahari.blogspot.com
wassap/sms :017.445.3390
email: annashakey1@gmail.com






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT@All Right Reserved By annashakey