Ini adalah catatan sendiri untuk di kongsi bersama bagi mengembangkan ilmu dan pengetahuan yang ada. Ada kalanya saya mengutip idea-idea dan ilmu dari sahabat yang lain untuk kita kongsi dan share. Kepada sahabat diluar sana mohon halal ilmu yang dikongsikan.

Pingbusuk

02 April, 2015

bisnes besar atau bisnes kecil



Kalau tanya pada orang yang ada impian nak jadi usahawan, apa yang dia nak buat untuk mulakan perniagaannya, sudah tentu akan dijawab nak buka bisnes besar.
Kalau tanya orang yang dah berniaga sekarang setelah dah berhenti kerja makan gaji dan berniaga sendiri, apa yang diimpikannya dalam perniagaan, sudah tentu dia juga akan jawab nak buat bisnes besar.
Cuma bezanya antara orang yang dah berniaga dengan orang yang belum berniaga adalah yang satu tu dah berhenti kerja dan mulakan kisah perjalanan hidupnya sebagai usahawan.
Manakala yang seorang lagi tu masih dalam dunia khayalan sebagai seorang usahawan dan kekal begitu entah sampai bila.
Dan punca paling ketara yang membezakan antara keduanya adalah, yang mula berniaga itu samada sedar atau tidak sedar dia sebenarnya mengamalkan konsep, kalau tak boleh buat bisnes besar, buat saja bisnes kecil.

Lupakan bisnes besar atau kecil yang penting buat sesuatu

Apa saja yang anda nak jadi, kalau nak berjaya perlu dimulakan dengan buat sesuatu. Jangan tangguh tunggu masa yang sesuai, tunggu persediaan secukupnya dan macam-macam tunggu lagi.
Tak ada masa yang sesuai, tak ada yang serba lengkap dan tak ada yang serba sempurna dalam apa-apa perjalanan dalam dunia ini. Yang ada hanyalah usaha mulakan sesuatu dengan apa yang kita ada sekarang.
Jauh manapun perjalanan yang anda nak tempuh, anda tak boleh elak dengan memulakannya dengan satu langkah. Itu semua orang tahu tapi seperti macam tak faham dan masih nak tunggu permulaan dengan seribu langkah juga.

Cerita tukang masak no 1 di Sweden berasal dari Malaysia

Pada tahun 2002, saya berpeluang pergi di negara Sweden dan tinggal di sana selama lebih kurang sebulan. Saya pergi ke sebuah bandar yang bernama Kumla di Sweden.
Pada satu pagi sabtu, saya sedang beratur di sebuah pasaraya kecil di pekan Kumla untuk membayar buah dan juga roti yang saya beli sebagai bekalan mengunyah. Ketika beratur itu saya perasa ada seorang berkulit gelap asyik memerhatikan saya dari mula saya beratur sampailah habis.
Selepas habis bayar dan nak beredar, orang yang perhatikan saya itu datang dari belakang dan mencuit saya lalu bertanya dalam Bahasa Inggeris, ‘adakah saya dari Malaysia?”.
Saya anggukkan kepala dan dia hulurkan tangan dengan gembira sambil tersenyum dan perkenalkan dirinya juga berasal dari Malaysia. Tapi dia dah tak reti cakap Bahasa Malaysia dan hanya masih ingat cakap Bahasa Inggeris.
Dah berpuluh tahun dia tinggal di Sweden dan bekerja sebagai seorang tukang masak atau biasa kita panggil Chef.
Seronok juga saya bertemu dengan orang Malaysia yang dah lama tinggal di sana. Bila dia tawarkan saya untuk pergi melawat rumahnya, saya terus terima tanpa fikir panjang lagi. Saya bersetuju untuk pergi ke rumahnya pada petang hari itu juga setelah dia memberikan petua bagaimana nak ke rumah tempat dia tinggal.

Bermula dari kecil dan akhirnya menjadi hebat

Untuk ringkaskan cerita ini, setelah melawat kenalan baru saya itu di Kumla, barulah saya dapat tahu bahawa dia sebenarnya seorang tukang masak yang paling hebat di Sweden. Dia dianugerahkan sebagai Chef No 1 Sweden dan kerjanya adalah menyediakan masakan untuk Raja Sweden.
Bagaimana dia sampai boleh jadi begitu? menjadi lebih hebat jauh lebih baik berbanding orang Sweden sendiri?
Semuanya bermula dari bawah sejak hari pertama dia sampai ke Sweden.
Dia ke Sweden dengan menaiki kapal dari Malaysia pada zaman Tengku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri. Dia mendapat keistimewaan pergi merantau ke luar negara atas satu usaha penting yang dia lakukan untuk negara pada ketika itu.
Tak perlu saya perincikan apa yang dia buat. Cukup sekadar anda tahu bahawa ada percaturan kerajaan yang membolehkan dia berada di luar negara dengan mudah.
Apa yang anda perlu tahu adalah kerja pertama yang dia dapat untuk menyara kehidupannya ketika mula sampai adalah menjadi seorang tukang basuh pinggak di sebuah restoran di sebuah Hotel di Sweden.
Sudah tentu dia nak jadi Chef besar, tapi bukan senang nak ke situ. Jadi kalau tak boleh jadi Chef, jadi tukang basih pingganpun boleh saja. Asalkan dia mulakan sesuatu.
Waktu siang dia kerja cuci pinggan dan waktu malam dia ambil kursus masak dan juga kursus bahasa Sweden. Dia berusaha bersungguh-sungguh siang dan malam sampailah dia nak ke atas setingkat demi setingkat akhirnya jadi Chef…
Dia masuk pertandingan Chef terbaik seluruh Sweden dan akhirnya dia menang dapat nombor satu dan dia jadi Chef no 1 seluruh Sweden.

Ramai orang arab mula bisnes kecil dan berakhir dengan bisnes besar

Dari Chef no 1 Sweden itu juga saya dapat kenal ramai lagi orang lain yang berjaya di Kumla. Memang benar dia Chef no 1 di sana sebab sepanjang saya berjalan dengannya, di mana saja orang menegurnya. Semua orang seluruh Kumla kenal dengan dia dan saya rasa bangga juga berjalan dengannya.
Pada malam minggu itu, dia bawa saya jumpa ramai usahawan dalam bidang restoran dan Kelab Malam di Kumla dan mengejutkan sebab kesemua taukeh restoran dan Kelab Malam adalah dari kalangan orang Arab. Ada yang datang dari Maroko, ada yang datang dari Tunisia.
Nasib saya baik sebab semua orang Arab Maroko dan Tuniasia boleh cakap Perancis, maka kami terus jadi mesra sebab saya juga boleh cakap Bahasa Perancis.
Saya di bawa bertemu lagi keesokkan harinya dengan usahawan arab lain dan mendengar cerita bagaimana mereka mula dari bawah dan berjaya menjadi usahawan kaya raya di Sweden.
Mereka semua datang dengan kereta Mewah walau umur masih lagi muda. Ada yang masih belum sampai 30 tahun dah miliki  di Kumla, Sweden.
Dan yang paling penting, mereka mula dari bines kecil sebelum meningkat dan menjalankan bisnes besar. Ada seorang yang jalankan perniagaan perkhidmatan pencucian dan penyelengaraan besar di sana bermula hanya dengan ambil kerja cuci tandas dan lap meja pejabat di Kumla.

Tak boleh bisnes besar, mulakan bisnes kecil

Saya banyak dapat email dan komen dari peminat usahawan di blog ini kongsikan hasrat mereka nak mulakan bisnes kecil.
Saya amat galakkan dan saya yakin anda yang mulakan dengan apa yang ada dengan jalankan bisnes kecil, lambat laun akan berjaya dan jalankan bisnes besar juga. Anda hanya perlu sabar dan terus berusaha dengan kesabaran yang ada.
Selagi anda tak hilang sabar, anda sebenarnya sedang menghampiri kejayaan. Insyaallah perniagaan anda akan membesar dan jadilah satu bisnes besar dan anda akan jadi taukeh besar.
kopi kat hidupringkas.com





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT@All Right Reserved By annashakey