Ini adalah catatan sendiri untuk di kongsi bersama bagi mengembangkan ilmu dan pengetahuan yang ada. Ada kalanya saya mengutip idea-idea dan ilmu dari sahabat yang lain untuk kita kongsi dan share. Kepada sahabat diluar sana mohon halal ilmu yang dikongsikan.

Pingbusuk

09 April, 2015

Cara Menarik Traffic Ke Blog Anda


Assalamualaikum,

Akhirnya......selepas beberapa usaha dilakukan blogku keluar jua di sini.  Inilah hasilnya untuk orang yang sabarkan.  Semasa membina blog ini saya terfikir juga bagaimana nak war-war kan blog kita kepada pembaca? Rupa2nya ada banyak cara untuk kita jemput pembaca datang ke blog kita. Mari kita tengok apa yang perlu dibuat untuk menarik traffic ke blog anda.
1.  Menarik trafik ke blog anda melalui Blogwalking.

Cara yang paling senang sekali ialah melalui jalan-jalan ke blog orang lain.  Maksud saya kita kena rajin buka blog orang lain dan tinggalkan komen.  Kalau dah selalu pasti tuan punya blog akan perasan dengan kita kan dan terus jadi rakan kita.  Mudah kan.  Hidup tak perlu sombong...berkenalanlah dengan jiran anda....hehehe

2.  Cara menarik trafik dengan identiti Jenama Blog 

Untuk tempoh yang awal ini, blogger perlulah selalu melakukan blogwalking sebagai hasil untuk membiasakan diri dan dari kunjung mengunjung dan lawatan balas yang berlaku pastinya akan membentuk satu jaringan yang baik diantara blogger. Blogger lama akan kenal dengan blogger baru dan seterusnya blog anda pasti akan mendapat ramai pengunjung hasil dari promosi maupun komen-komen yang anda sendiri letakkan sewaktu blogwalking.

3.  Tarik trafik dengan isu semasa.
Blogwalking sudah, identiti diri dan jenama blog sudah pun dikenali.  So langkah seterusnya anda diminta untuk menarik trafik ke blog anda dengan isu-isu semasa yang terhangat.  Anda disarankan untuk mencuba membuat artikel berkenaan isu semasa yang akan dicari dan mahukan didalam tempoh 'sekejap'.  Contohnya isu GST, isu minyak naik harga atau kes helikopter terhempas yang membabitkan beberapa orang VVIP terbunuh dan sebagainya.  Dari isu-isu tersebutlah pastinya ramai yang akan mencari tajuk-tajuk hangat yang pastinya akan membawa pembaca ke blog kita.

4.  Ping entry
Kita perlu ping entri setiap kali kita update blog.  Ada banyak laman untuk ping tapi yang selalunya di gunakan adalah Blog.myPinglerPing Busuk  dan Ping 'o' matic.  Ada banyak lagi sebenarnya. Terpulang pada anda untuk gunakan yang mana.  Keberkesanannya anda akan tahu nanti banyak pembaca yang akan singgah di blog anda ataupun anda jangan terkejut sekiranya alamat blog anda berada di muka depan carian google. Disini saya tunjukkan contoh alamat blog dan blog saya sendiri telah keluar di halaman Ping Busuk.





5.  Sertai kontes atau pasang iklan.
Anda juga boleh menyertai peraduan yang di lakukan oleh blogger-blogger lama.  Dengan cara ini blogger lama akan mengenali anda dan akan memperkenalkan blog anda kepada pembaca yang lain.  Anda juga digalakkan memasang iklan seperti Nuffnang ianya sangat membantu disamping itu anda juga boleh dapat duit poket sekiranya iklan dari blog anda dilihat oleh ramai pembaca.

ok rasanya cukup yang itu dahulu.  Kalau nak diikutkan ada banyak lagi cara yang ingin saya sampaikan.  Saya juga seperti anda masih belajar dan terus belajar.









3 comments:

  1. Assalamualaikum, harap membantu pada nlogger yg baru seperti saya ya

    ReplyDelete
  2. tq yahaya sekadar perkongsian

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT@All Right Reserved By annashakey