Ini adalah catatan sendiri untuk di kongsi bersama bagi mengembangkan ilmu dan pengetahuan yang ada. Ada kalanya saya mengutip idea-idea dan ilmu dari sahabat yang lain untuk kita kongsi dan share. Kepada sahabat diluar sana mohon halal ilmu yang dikongsikan.

Pingbusuk

07 April, 2015

Kereta Meragam lagi

Assalamualaikum.

Rasa meluap2 nak marah pun ada pagi ni.  Kereta buat hal lagi pagi ni.  Nasib baik sempat hantar anak ke sekolah dan aku dah ada di pejabat.  Kalau tidak alamat masuk lewatlah aku kali ini.  Entahlah sejak-sejak dah habis bayar bulanan kereta...Avanza kesayangan ku sering kali meragam. Aku rasa macam ada yang tak kena sebabnya kes yang sama...tempreture tinggi.  Ini sah disebabkan tangki kereta ku bocor.  Aku dalam hal kereta ni memang zerolah.  Bukan tak mau belajar pasal kereta, tapi kalau aku pandai bab kerosakan kereta lepas ni pastinya suami tak mau ambil tahu pasal keretaku....huhuhu itu yang aku malas nak belajar perbaiki kereta.



Tapi tak berupayalah....sejak suamiku sakit aku terpaksa ambil alih semua kerja-kerja rumah maupun kerja-kerja lelaki.  Aku terpaksa belajar membuat kerja yang selama ini aku tak pernah buat. Berbalik pada kereta ku yang rosak tu.....sekarang ini ada di tempat letak kereta pejabat.  Aku rasa kena sejukkan dulu baru aku akan bawa dia berjumpa pomen.  Tapi.....pomen mana yang aku nak hantar ya?????  Ahhh tak kiralah asalkan pomen tu boleh perbaiki kereta ku dan cas dengan harga yang murah.  Maklumlah GST kan......hehehe.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT@All Right Reserved By annashakey