Ini adalah catatan sendiri untuk di kongsi bersama bagi mengembangkan ilmu dan pengetahuan yang ada. Ada kalanya saya mengutip idea-idea dan ilmu dari sahabat yang lain untuk kita kongsi dan share. Kepada sahabat diluar sana mohon halal ilmu yang dikongsikan.

Pingbusuk

02 April, 2015

Petua cari idea buat bisnes

Idea bisnes mudah

Petua mudah nak cari idea bisnes

sumber:  hidupringkas.com

“Aku memang nak sangat berniaga, tapi masalahnya, aku tak tau nak berniaga apa!”
Itu adalah ayat yang sering saya dengar daripada mereka yang sedang makan gaji apabila berborak tentang berniaga. Dalam bab nak menjawab soalan perniagaan apakah yang mahu dijalankan, kita jadi pening disebabkan hanya dua perkara”
  1. Blank terus! tak ada idea langsung nak buat perniagaan apa.
  2. Terlalu banyak sangat idea yang terpancul dalam kepala sampai jiwa kacau untuk pilih mana satu.
Ramai juga di kalangan mereka yang ada wang dan tak memerlukan kerja makan gaji yang mengalami masalah sama. Mereka mungkin dapat tawaran VSS dengan pampasan lumayan seperti RM500 ribu atau kurang lebih sikit dari itu.
Wang sejumlah itu sebenarnya cukup banyak jika anda tidak perlu keluar rumah pergi bekerja. Zaman sekarang ini, sebaik saja anda melangkah bendul keluar maka akan ada wang yang terpaksa dibelanjakan. Oleh itu mereka yang hanya duduk di rumah sebenarnya mampu menjimatkan banyak duit!.
Wang sebanyak itu juga merupakan satu modal yang mencukupi untuk memulakan apa saja perniagaan. Yang pentingnya adalah mencari satu perniagaan dan kemudian merancang pembinaan perniagaan tersebut dengan kos yang paling minimum.
Namun begitu, untuk menentukan perniagaan apa yang mahu dijalankan masih tetap merupakan satu perkara berat yang bukan mudah untuk diselesaikan.
Jadi bagaimana kita boleh cari jalan untuk selesaikan masalah…“Nak niaga apa?”
Apa yang saya cadangkan pada semua orang yang bertanya soalan tersebut adalah dengan mula mencari di sebanyak tempat dan daripada seramai orang yang mungkin.
Bagaimana dapat kita lakukan perkara tersebut? Jalannya mudah saja:
  • Keluar minum teh dengan kawan lama dan mula bincang tentang peluang niaga dan kehidupan
  • Keluar minum teh dengan kawan baru dan bincang macam di atas.
  • Sertai mana-mana perjumpaan sosial dan turut sama membantu menjayakan perjumpaan.
  • Sertai man-mana seminar menambahkan pengetahuan. Tak kisah seminar apapun, layan saja.
  • Sertai man-mana pertubuhan dan aktifkan diri anda.
  • Dal lain-lain aktiviti seumpamanya…
Jalan mudah yang sebenarnya tak mudah adalah dengan berjumpa seramai orang yang mungkin dan mula menjadi orang yang peramah dan suka mendengar dan bercakap. Dengan melakukan perkara tersebut pasti anda akan terjumpa satu peluang perniagaan yang boleh dilakukan.
Anda tidak akan menemui apa-apa perniagaan yang meyakin sekiranya anda bertapa di dalam rumah tanpa jumpa orang lain, keluar dan bersosiallah…disitulah tersembunyi jawapan kepada…
“Aku nak niaga apa…?”




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT@All Right Reserved By annashakey