Ini adalah catatan sendiri untuk di kongsi bersama bagi mengembangkan ilmu dan pengetahuan yang ada. Ada kalanya saya mengutip idea-idea dan ilmu dari sahabat yang lain untuk kita kongsi dan share. Kepada sahabat diluar sana mohon halal ilmu yang dikongsikan.

Pingbusuk

28 October, 2015

HAJI ISMAIL GROUP HOTEL

Assalamualaikum.
Penat dah berjalan akhirnya kami pilih HIG HOTEL tempat destinasi kami berkursus pada bulan Disember 2015 nanti.  Beberapa hotel yang menawarkan berbagai harga tapi dari kebersihan kami lebih menyukai HIG HOTEL walaupun kedudukan hotel di tengah-tengah bandar. Harga sebilik untuk pakej kursus adalah RM 140 semalam seorang. Bagi kami dengan baget yang ciput tu kira berbaloi-baloi lah.  Yang paling untung disebelah tu untuk yang kaki shopping melaburkan duit mereka yang terlebih banyak tu.  Berbagai2 coklat dan barang keperluan lain yang terdapat di HJ. ISMAIL GROUP yang kita boleh bawa balik.  Pn. Sri tak membeli sebab stok dah banyak kat rumah tu....hehehe

Mai Langkawi kalau tak singgag beli coklat tak sah. Pn. Sri beli lah juga coklat tak lah banyak...tapi beli lah juga. Nanti kalau tak beli anak2 dok bising pula dah pi Langkawi tapi tak beli coklat...ada yg tunjuk muka seposen. Dengan budak2 ni kena pandai main saiko. Upah dengan coklat oklah tu....  suruhlah buat apa pun mesti mau.

Oklah Pn. Sri nak naik feri dah ni.  On the way balik  ke Kuala Kedah.  Nanti Pn. Sri tulis lagi dengan cerita yang lain pula ya.

Wassalam.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT@All Right Reserved By annashakey