Ini adalah catatan sendiri untuk di kongsi bersama bagi mengembangkan ilmu dan pengetahuan yang ada. Ada kalanya saya mengutip idea-idea dan ilmu dari sahabat yang lain untuk kita kongsi dan share. Kepada sahabat diluar sana mohon halal ilmu yang dikongsikan.

Pingbusuk

28 October, 2015

HAJI ISMAIL GROUP HOTEL

Assalamualaikum.
Penat dah berjalan akhirnya kami pilih HIG HOTEL tempat destinasi kami berkursus pada bulan Disember 2015 nanti.  Beberapa hotel yang menawarkan berbagai harga tapi dari kebersihan kami lebih menyukai HIG HOTEL walaupun kedudukan hotel di tengah-tengah bandar. Harga sebilik untuk pakej kursus adalah RM 140 semalam seorang. Bagi kami dengan baget yang ciput tu kira berbaloi-baloi lah.  Yang paling untung disebelah tu untuk yang kaki shopping melaburkan duit mereka yang terlebih banyak tu.  Berbagai2 coklat dan barang keperluan lain yang terdapat di HJ. ISMAIL GROUP yang kita boleh bawa balik.  Pn. Sri tak membeli sebab stok dah banyak kat rumah tu....hehehe

Mai Langkawi kalau tak singgag beli coklat tak sah. Pn. Sri beli lah juga coklat tak lah banyak...tapi beli lah juga. Nanti kalau tak beli anak2 dok bising pula dah pi Langkawi tapi tak beli coklat...ada yg tunjuk muka seposen. Dengan budak2 ni kena pandai main saiko. Upah dengan coklat oklah tu....  suruhlah buat apa pun mesti mau.

Oklah Pn. Sri nak naik feri dah ni.  On the way balik  ke Kuala Kedah.  Nanti Pn. Sri tulis lagi dengan cerita yang lain pula ya.

Wassalam.




Langkawi lagi


Hari yang sangat indah. Matahari telah memancarkan sinarnya dengan cantik sekali.  Keadaan cuaca yg tidak lagi berjerebu seperti sebelumnya membuatkan hati ni gembira bila dikatakan perjalanan ke langkawi di teruskan juga walaupun bertolak agak lewat juga. Kenapa tetiba nak ke Langkawi? Hehehe tujuan yang utama Pn. Sri nak pi survey hotel untuk kursus bulan 12 ni. Haaaaa....tiap2 hujung tahun ni lah kerja Pn. Sri....mengatur kursus untuk anak2 buah yang ada di pejabat Pn. Sri. Kenapa Langkawi???? Nak shopping ke.....hehehe....jawapannya dengan bajet RM 10,000 ni hanya sesuai untuk ke Langkawi sambil merehatkan fikiran yang dah sememangnya berserabut.

Ha kali ni hampa tak boleh bawa family sebabnya Pn. Sri booking bilik cukup2 untuk staff.  Kalau nak bawa family juga alamat kena keluar bajet sendiri.  Duit kerajaan....bukan boleh suka-suka belanja....kang kena berjawab dgn big bos tak pun kena berjawab dengah Yang Maha Esa....eeeeee tak endoklah Pn. Sri.  Kursus kali ni 3hari 2 malam. Hotel tak di putuskan lagi....tu yang pi survey tu. Kalau ikut Pn. Sri.....dok di chalet pun tak apa...tapi tak kelas lah pula nak bagi bos duduk chalet.
Eeemmm....tengoklah nanti hotel mana kami booking.

La ni dah dekat 11/2jam atas bot.  Boring giler...nasib baik ada si samsung ni buat peneman...tak lah boring sangat. Keadaan dlm bot biasa je macam dalam gambar. Tak penuh dan tak lah juga kosong...so so lah.  Last Pn. Sri datang Langkawi tahun lepas. Itu pun sbb kursus 2014 lah juga.

Oklah dah nampak perairan Langkawi, nanti Pn. Sri sambung lagi di hotel mana kami akan menginap ya. Doakan perjalanan Pn. Sri selamat pergi dan selamat kembali.....ewah.

Wassalam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT@All Right Reserved By annashakey