Ini adalah catatan sendiri untuk di kongsi bersama bagi mengembangkan ilmu dan pengetahuan yang ada. Ada kalanya saya mengutip idea-idea dan ilmu dari sahabat yang lain untuk kita kongsi dan share. Kepada sahabat diluar sana mohon halal ilmu yang dikongsikan.

Pingbusuk

31 March, 2015

Tahun 2015 Tahun Dugaan




Assallamualaikum,

Ada lebih kurang 8 bulan lagi untuk melangkah ke tahun 2016.  Bagi setengah orang lambat lagikan. Tapi bagi saya, saya perlu menyiapkan diri untuk menghadapi kemungkinan saya akan di berhentikan dari kerja sekarang.  Anda pastinya tertanya-tanya kan apa yang akan berlaku?????  saya adalah seorang pekerja kontrak di jabatan kerajaan  yang mana setiap tahun kontrak akan disambung.  Penyambungan kontrak pula bergantung kepada bajet kerajaan.  Sekiranya Kementerian Kewangan kata ada peruntukan.....maka sambunglah kontrak.  Kalau tidak....bersiap sedialah untuk menghadapi kemungkinan yang akan berlaku.


Dizaman yang serba canggih dan mahal ni....suami isteri kena bekerja.  Mana cukup kalau nak harapkan duit suami sahaja.  Macam2 perkara yang nak dibeli mana untuk keperluan anak2 yang seramai 5 orang juga keperluan diri sendiri.


Bukan hari ini sahaja yang saya terfikir nak buat kerja sendiri.....dah lama.  Adalah juga cuba-cuba untuk berniaga.  Sememangnya saya dari keluarga yang berniaga.  Jadi pengalaman berniaga dah ada didalam diri ini sejak dari kecil.  Ya lah kan mak bapak pernah membuka gerai makan sewaktu saya berada di sekolah rendah lagi.  Bahkan setiap cuti sekolah saya dan adik akan bersama-sama membantu ibu bapa menjalankan perniagaan kedai makan.


Setiap cuti sekolah adalah hari saya mengumpul duit poket.  Jadi sekiranya nak pakai duit untuk membeli kelengkapan sekolah saya dah ada simpanan sendiri.  Itu cerita di zaman sekolah lah.  Kali terakhir saya berniaga adalah pada tahun 2007.  Waktu itu saya berhenti 24 jam dari syarikat tempat saya bertugas.  Bengang dengan bos dan tak minatnya saya dengan politik pejabat membuatkan saya terpaksa mengundurkan diri.


Pengalaman berniaga cucuk seafood di Star Perade, Alor Setar amat bermakna sekali.  Walaupun jangkamasa selama 3 bulan tersebut pendek.....tapi saya belajar berbagai-bagai ragam manusia.  Dari pembeli sampailah kepada pengurusan.  Dasar orang melayu....politik ada dimana-mana.  Kalau kita tak pandai berpolitik kita akan kalah.  Saya mengambil keputusan untuk berhenti dari berniaga walaupun modal tak balik lagi.  Saya redha dengan ketentuan Allah.


Pengalaman berniaga sepenuh masa dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam sangat-sangat mengajar saya menghargai masa.  Saya terpaksa mengorbankan perasaan anak2, suami dan peranan sebagai seorang isteri dan ibu tidak dapat dibuat sepenuhnya memandangkan saya terpaksa berada di kedai pada pukul 10.00 pagi setiap hari.  Ya allah peritnya hidup waktu itu tuhan sahaja yang tahu.


Berhenti dari berniaga saya bekerja makan gaji semula di syarikat kontraktor.  Jiwa memberontak untuk berniaga tapi disebabkan kerugian berniaga dahulu tidak dapat di cover....saya terpaksa melupakannya.  Sehinggalah hari ini....minat berniaga timbul kembali apabila saya mendapat tahu kontrak kami di jabatan kerajaan tidak di sambung untuk tahun 2016.  Saya berazam untuk teruskan berniaga walau apa pun jenis perniagaan yang akan saya jalankan.


Cumanya saya telah membulatkan tekad untuk menjalankan bisnes online pula.  Sekurang-kurangnya dengan buat bisnes online saya boleh mengawasi anak-anak di depan mata.  Walaupun anak2 sedang membesar.....rasa tanggungjawab itu membuatkan saya berniat untuk merialisasikan impian bisnes online ini disamping mencari modal untuk saya memulakan bisnes offline.  Insya allah.


Semoga allah memberi kekuatan untuk kita sama-sama istikomah dalam melakukan apa sahaja yang kita hajati.


hingga jumpa lagi di lain coretan.


aznabahari.blogspot.com

wassap/sms : 017.445.3390
email:  annashakey1@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT@All Right Reserved By annashakey